::TQ kWn2::

Selasa, Mac 03, 2009

****UJIAN HIDUP****

SaLam..Hye!!!
------Untuk panduan semua agar kuat dan tabah menghadapi dugaan/ujian dari ALLAH swt.------

Sebagai seorang hamba, kita perlu terima dengan dada terbuka dan kembalikannya kepada Allah Ta'ala, kerana Dia yang menurunkan ujian dan dia juga yang akan mengangkatnya daripada kita.

Firman Allah di dalam surah: al-Baqarah:155
Maksudnya:...dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta tumbuh-tumbuhan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Sebelum Allah Ta'ala hendak menguji hamba-hambanya, Dia anugerahkan kepada mereka akal, kehendak dan kekuatan untuk melakukan sesuatu. Dengan tiga perkara tadilah kita semua akan diuji. Ada dikalangan kita diuji dengan kesenangan, kemewahan harta benda dan ada pula yang diuji dengan kesusahan hidup, kesempitan rezeki, jalan hidup seolah-olah menjadi sukar
baginya, didatangkan musibah, bala dan kemalangan yang silih berganti. Semuanya adalah ujian daripadaNya untuk dinilai kemantapan iman seseorang.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada menempuh ujian, sama ada besar atau kecil. Bersabarlah ketika menghadapinya, kerana di sebalik ujian yang datang terdapat 1001 macam rahmat yang kita tidak nampak. Setiap kesusahan ada kemudahan.

Firman Allah di dalam surah: al-Syarh:5,6
Maksudnya:...maka sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan..

Memang sudah menjadi tabiat kita manusia, inginkan kemudahan, kenikmatan sepanjang masa, kelapangan hidup. Namun begitu kita perlu ingat, tidak semua yang kita suka itu adalah baik untuk kita dan tidak pula sesuatu yang kita benci dan tidak suka adalah buruk untuk kita.

Firman Allah di dalam surah: al-Baqarah: 216
Maksudnya:...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

Bila kita menerima ujian Allah, kita akan terasa ketenangan yang tidak terhingga di dalam diri kita, kerana kita sedar semua yang datang adalah daripada Allah Yang Maha Mengetahui. Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya, sebab Allah Maha Adil di dalam hukumannya. Apa yang kita perlu ingat ialah setiap musibah yang datang adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang kita lakukan. Kepahitan hidup, kesusahan dan malapetaka adalah untuk membersih dan menaikkan darjat kita di sisiNya.

Wahai saudaraku, bersabarlah ketika kita mengharungi kehidupan ini, sentiasalah ingat kepadaNya. Kerana hanya kepada Allah tempat kita mencurah rasa dan mengadu nasib. Dia akan membela kita, merahmati kita dan memberi jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi, dengan syarat kita hendaklah bertaqwa kepadanya.

"The Beauty of Life does not depend on how happy you are. But how happy others can be... because of You!!!.."
"If you want to succeed, you should strike out on new paths, rather than travel the worn paths of accepted success"

Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kepunyaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang bersih suci, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Riwayat Muslim & Tabrani)

Wallahu a'lam

DARIPADA:

Tiada ulasan: