::TQ kWn2::

Rabu, Mac 10, 2010

"aaliyah"...

Assalamualaikum wbt,

Terlebih dulu aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat membalas semua
komen2 yg telah diberi. Aku tak mampu buat masa ini, jiwaku meledak, gempar bagai dilanda sejuta musibah!
Alangkah hinanya diriku ini, oh Tuhan.... masihkah ada kemaafan utkku yg begitu kejam ini?...
Aku terpaksa memulakan bencana jiwaku ini sedari mula biarpun panjangnya berjela2, aku tak mengharapkan
simpati sesiapa, aku rasa tak ada satu huruf lagi dalam dunia ini yg dpt menyejukkan duka dan
laraku....biarkan aku terhukum di atas sikapku sendiri ya Allah...aku redha...aku sanggup terima apa yg
selayaknya aku terima...

Tiga tahun dahulu....
Fikiranku berkecamuk bila anak sulungku bertanya : mama nak anak angkat tak?
Hatiku secepat itu berburuk sangka, apa hal anak bujangku bertanya ttg anak angkat? anak siapa pula? aku
secara serius duduk berdepan dan bertanya khusus2 dgn anak bujangku, dlm hati aku mmg tak sanggup
seandainya ada berita buruk yg berlaku dlm kehidupan kami...Tuhan...Kau lindungilah...Anakku mintak aku
bertenang, tarik nafas dalam2 dan beristighfar..
'Mama kenal A tak? Anak Datuk Dr xxx, CEO xxx tu..'
'Naper dgn dia?
'Dia dah terlanjur dgn girlfriend dia, so skrg dah pregnant, dia nak buang baby tu, tp abang kata jgn tambah
dosa yg ada, tu yg abg tanya kalau mama sanggup jaga...'anakku bagai mengharap ikhsan dariku dgn wajah yg
begitu polos.

'Naper plak mama? Suruhlah si A tu bertanggungjawab, biar mama slow talk ngan mak dia.' aku cuba
memberi pandangan, lagipun siA tu masih punya mak bapak lagi dan bukan org sebarangan pula, masa kan...
'Tak guna ma...mak dia tak nak dan tak akan terima, budak pompuan tu dari anak yg tak tentu latar belakangnya...'
'Anak siapa dia?'
'Entahlah ma...kalau mama jumpa dia nanti mama tanyalah sendiri, abg pun celaru tengok dia..'
....cerita itu bagai terhenti setakat itu saja. Aku spt biasa dgn kesibukanku yg tersendiri dan akhirnya terus
terlupa ttg budak perempuan itu. Anakku pun tak pernah bercerita lagi...hinggalah pada beberapa hari
selepas Hari Raya...
'Mama ingat lagi tak pasal si E (A punya girlfriend)?'
'Naper dia?'
'Dia dah bersalin, anak pompuan, mak nak jumpa tak?'
'kat mana?'
'kat apartment A, kat CJ...nanti abg mintak izin nak jumpa, pasal bukan senang nak masuk situ ma...'
'Dia dah nikah lom?
'Lom..A janji nak nikah tak lama lagi...'
Aku geleng2 kepala...mcm mana tak nikah dah tinggal serumah? Mak dia taktau ker? Si A ni rupanya punya
spy yg akan memberitahu tiapkali Mak D ni nak dtg ke apartment mewahnya itu...
salah dan tak betul semuanya ni bang, abg pun subahat sama taw. Anakku kata kalau tak tinggal di situ, mana
lagi E akan tinggal? Aku masih tak boleh teirma alasan2 itu tapi di perumahan elit spt tu bukan mudah utk
pegawai pencegah maksiat menerobos jaga2 import tu...aku mmg kesal tp apa yg mampu aku lakukan, hanya
ikan bilis....jaga2 itu akan hubungi dulu tuan rumah dan sudah pasti segala2nya sukar utk dibuktikn...

Pada hari menghantar anakku pulang ke kolej, aku dan BT serta Dikpi dan sibongsu dibawa melawat E dan
anaknya yg baru beberapa hari dilahirkan. E bagai takut2 pertama kali melihatku namun aku melihatnya dari
sudut yg baik. Bagiku kalaulah E tu dari kalangan yg baik latar belakangnya, dpt didikan yg sempurna, mmg
secara logicnya aku ada perasaan marah terhadapnya, tp berdasarkan serba sikit kisahnya yg aku tahu dr
anakku, siapalah aku utk menjatuhkan hukuman. Sebenarnya kalau sesuatu itu nak berlaku, ia ttp akan
berlaku tak kira pada siapa dan apa latar belakangnya. Ya, mungkin telah jelas akan kesilapan individu itu
sendiri tapi jgn kita lupa bahawa apa pun yg berlaku samada buruk atau baik segala2nya telah tercatat di Loh
mahfudz dan sesungguhnya Allah itu menyukai hamba2Nya yg mahu bertaubat kerana Allah Maha Penerima
Taubat, subhanallah.

Jadi siapakah kita utk menghina, mencela atau sesedapnya mengkategorikan seseorang yg sama asal
kejadiannya dgn kita sedangkan kita tak pernah dpt membaca untung nasib kit sendiri di masa depan? Duit yg
di dlm gengggaman kita pada hari ini, belum tentu milik kita di hari esok. Nasi yg terhidang di depan mata
belum tentu akan masuk ke perut kita kalau kita mahu berfikir ttg ada yg masih kelaparan di luar sana!
Kembali kpd kisah E, pertama kali bertemunya mmg hatiku tersentuh. Aku tersentuh sebab dlm keadaan
dirinya yg begitu,dia masih punya naluri keibuan bila anak kecil itu disusui sendiri. Dan demi Allah, pada
pertama kali aku mengangkat bayi itu, dia membuka matanya dan tersenyum lebar paling manis sekali hingga
BT pun rasa terpikat sama, mmg hati kami terusik dgn gelagat si kecil tak berdosa itu, bukan sekali itu dia
tersenyum  bahkan Allah jua yg menjadi saksi bagaimana seorg bayi yg baru beberapa hari dilahirkan
'mengagah' aku! Kami seolah berbalas2 sahut menyahut, mmg terhibur aku dan BT, Dikpi dan si bongsu sama!
Rasa bagai ada satu keajaiban!

Ikutkan hati nak saja aku bawa baby tu pulang kerana aku pun tak punya anak perempuan, Sibongsu
kelihatannya begitu menyayanginya sekali tp ternyata E lebih sayangkan baby itu wlp masa depannya
bersama A tak ketentuan lagi. E bersendirian waktu aku ke sana...
Bila habis pantang, E mengunjungiku dgn baby, ntah ya ntah tak, E mengakui tak pernah merasa suasana hari
raya dan menikmati makanan hari raya seumur hidupnya lantaran hidupnya yg tidak menentu, ibarat anak
gelandangan. Kononnya kedua ibu bapanya berpisah sejak dia masih baby lagi dan dia tak pernah sekalipun
melihat wajah ibunya melainkan pada sekeping gambar. ayahnya pula tak payahlah aku cerita kan di sini.
Berdasarkan ceritanya itulah aku masak semula makanan hari raya. Aku buatkan ketupat daun palas, ketupat
nasi daun kelapa, rendang dan lauk pauknya juga nasi beriyani, aku mahu E nikmati semua makanan itu
sepuas2nya sementara baby yg sgt mesra dgnku itu aku jaga. Ternyata E bagi tergamam melihat hidangan yg
ku sediakan, katanya ; macam dalam syurga...

Di pendekkan cerita, E inginkan aku menjadi ibu angkatnya,E teringin memanggil seseorang dgn panggilan
mama, aku terima saja dgn hati yg terbuka! aku sebenarnya tidak keberatan sama sekali tapi....taktau kenapa
jauh  di sudut hatiku bagai tak dpt merasakan atau menikmati hubungan itu biar puas ku pujuk2
hatiku sendiri. Aku kira ini bagai tak pernah terjadi dlm diriku, sebelum ini boleh dikatakan semua teman2
anakku memanggil aku mama termasuk beberapa dramatis dan pelakon yg senang kerumahku, aku dpt rasakan
kemanisan itu tp kenapa tidak dgn E? Ah, mungkin perlu mengambil sedikit masa!

Di pendekkan cerita juga, kiranya rumahku menjadi rumah kedua utk baby E, aku dan anak2 terutamanya BT
suka melayan baby yg kami panggil sebagai Aa. Manjanya Aa, hanya akan lena bila dlm pelukan BT! barulah
kami pindahkan ketilam  atau buaian. Istimewanya Aa ni, dia seorang anak yg baik, pemalu, pandai membawa
diri, anak2ku melihat Aa bagai memandang ikan2 di dlm  aquarium, tak berkelip2, mereka mmg menunggu masa
saja bila Aa nak susu kerana masing2 berebut nak buatkan susu dan nak suapkan kemulut Aa yg ternyata
manja dgn kesemua anak2ku...aku mmg beri kesempatan mereka bergilir2, aku ajarkan cara membancuh susu
yg betul agar mereka dpt menikmati seronoknya menjaga adik.

Masa terus dtg dan pergi, kdg Aa dihantar kpdku dgn keadaan yg basah lencun tanpa diapers, bibir kering
tanpa susu, aku tak pernah berkira dlm hal ini bahkan boleh dikatakan E perlu bgtau saja apa kekurangannya,
aku akan cuba mencukupinya terutama hal2 kebajikan Aa. Dlm  masa yg sama aku cuba membantu takat yg
mampu utk memprcepatkan pernikahan mereka namun ternyata A bukanlah jantan yg bertanggungjawab,
janji demi janji ditabur, namun semuanya hanya mainan belaka, akhirnya hubungan mereka terputus! Banyak
lagi kisah E dan babynya yg mengesankan jiwaku yg tersimpan dilubuk hatiku ini...

Kali terakhir aku bertemu dgn E pada hari raya tahun lepas, sebelum  tu masa bulan puasa aku hubungi E utk
bertemu dgnnya dan Aa kerana aku akan bawanya shopping pakaian raya, sebelum  itu aku ada belikan Aa
pakaian tp utk raya aku inginkan sesuatu yg baru utknya, agar dia gembira, aku dan BT  dah cop mana2
shopping komplex  yg punya byk gown cantik2 utk anak pompuan secomel Aa, kasut yg cantik2 sbb Aa dah
pandai jalan terkedek2, dan juga pakaian siap utk E! Sungguh, Alhamdulillah aku diberi keizinan Allah dgn
sedikit kelebihan rezeki utkku kongsikan bersama2.

Pagi itu, sebelum  pintu kedai dibuka, aku, BT, anak kelima dan yg bongsu dah terpacak didepan One Utama
menanti E, hampir sejam menunggu aku hubungi E, dah mcm2 alasan plak yg diberi, aku boleh bersabar dgn
sanggup menjemputnya di rumahnya,(waktu tu dia tinggal di Damansara, itu yg aku nak shopping di One
utama) tp berkali2 aku hubungi utk bertanyakan alamat dan arah jalan, talian terus terputus, cuba lagi
dapat2 putus, apa yg aku rasakn E bagai tak menghargai kasih sayangku selama ini, akhirnya...wlp di pagi
Ramadhan aku benar2 marah sebaik dpt brcakap dgnnya! Aku katakan bahawa kami saja2 meluangkan masa
demi dirinya dan Aa, tp sekali ini dia perlakukan aku begini, aku mintak maaf terpaksa batalkan janji dan
harap dia tidak menyesal. Aku menangis bila terkenangkan Aa dan gown2 yg telahku idamkan utknya!

Sebenarnya aku berhasrat utk membawanya pulang dan meraikan aidilfitri bersama, segala keperluan utknya
dan Aa akan aku sediakan. Aku mahu membahagiakan Aa di malam raya, di pagi raya dan di sepanjang
hayatnya...tp sikap E ternyata mengecewakanku.
Begitupun, akhirnya hatiku tidak kesampaian, tanpa mereka, kami belikan juga pakaian raya mereka dgn
mengagak2 saiznya. Semuanya dpt jugak ku serahkan bila E mahu kembali kpdku, waktu itu aku lihat E bagai
terdesak, celaru tp aku tak dpt jumpa Aa, katanya Aa dijaga oleh bapanya yg sudah berkahwin lain. Sejak itu E
kembali berhubung dgnku semula dan dia akan dtg kerumahku utk mengambil makanan. Kerinduanku terhadap
Aa tak dpt dinafikan lagi, aku rindukan Aa! aku harapkan segera berjumpa dgnnya.
Suatu ketika ( hujung tahun lepas) E menyatakan utk tinggal bersamaku selama 10hari - 2 minggu bersama Aa
sekali. Aku tak tahu ya Tuhan, ntah kenapa waktu itu aku lihat E bukan spt yg ku kenal sebelumnya dan aku
menolak keinginannya! Aku tiba2 merasakn kehadirannya akan membuat ahli keluargaku tidak selesa, maklum
saja semua anak2ku lelaki dan cara E berpakaian mmg agak....aku menolaknya dgn cara baik ( anehnya sebelum
ini aku tidak pulak berperasaan sebegitu) dan malam  itu aku menanamkan lagi serba sedikit pengetahuan
agama kpdnya spt waktu2 sebelumnya juga, E mmg ingin merubah cara hidupnya sptmana yg ku nasihatkan
dan peringatkan. Itu saja yg mampu ku lakukan. Aku tak boleh memaksanya utk mendirikan solat tanpa dia
faham  apa itu solat dan mengapa kita wajib bersolat. Aku cuba mendidiknya sedikit demi sedikit.

Kali pertama dia menyaksikan kami solat berjemaah, mmg hairan di hatinya dan bila anak2ku berebut
bersalam2an, E menjerit : Hey! ingat ini hari raya ker nak bersalam2!! Aku jelaskan kpd E bahawa
bersalam2an itu bukan semestinya pada hari raya saja! Kiranya mcm2 jugaklah yg aku cuba terapkan
kefahaman utk anak yg malang itu...kesian E. Dia tak pernah merasa nikmatnya hidup berkeluarga dgn kasih
sayang sebenar seorang ayah dan ibu.Kali terakhir sebelum E terpisah dariku ( tnpa sempatku jumpa Aa), E menyatakan yg dia telah mendapat kerja yg lebih baik dan minta aku belikan utknya al Quran, telekung dan sejadah. Aku penuhi keinginannya
dgn harapan semoga dia benar2 berubah. Aku hantarnya pulang hingga ke stesen LRT, itulah kali terakhir aku
bertemu dgn E..

Semalam  ku menatap berita diinternet dan terpandangkan wajah seorg kanak2 perempuan yg mati didera,
dirogol dan diliwat. Hatiku bagai terjatuh ke dalam  rahimku sendiri tp sebaik membaca kejadian itu di kajang,
aku ketepikan perasaan resahku.Hari ini sewaktu aku sedang sibuk2 menyiapkan tempahan minum  ptg, sandwich telur dan sardin, aku mendapat panggilan telefon, suara R ( pengasuh yg mengasuh Aa bergilir2 dgnku sebelum  ini).

' Kak, akak baca suratkhabar tak semalam? gambar muka depan!'
Soalan itu walaupn belum  jelas, aku bagai dah tersandwichkan separuh dari nyawaku sendiri! bagai benar belaka
telahanku! tapi aku takut nak menerimanya....

'a..ada! naper R?'
"kaaaak!!!! itu Aaliyah!!!!!' suara tangisan memesah dihujung talian.
Aku bagai dirasuk dan telah hilang aqal, meraung semahu2nya, aku meraung2 sambil memanggil nama
Aaliyah...Aaliyah yg aku rindukan, Aaliyah yg pernah ku mandikan ,ku bersihkan kencing beraknya, ku suapkan
susu dan nasinya, ku dodoikan dan ku bermain sorok2 disebalik langsir hingga dia ketawa hilang suara.
Aaliyah yg tersenyum  bila ku pakaikan baju dan topi barunya, Aaliyah yg tak pernah hilang dari hidupku selagi
hayatku masih bernyawa!!

Hingga saat ini air mataku masih tak henti2 mengalir, duka dan kesalku ini ku catitkan dlm  lebat hujan di luar
dan didalam  jiwaku ini...malangnya nasibmu sayang, kalau lah...kalau lah..ah, aku tak akan memaafkan diriku ini
utk selama2nya. Ya, keenggananku menerimamu menyumbang terhadap segala penyiksaan yg kau lalui hingga
membawa kpd ajalmu. Kenapa aku sebegini kejam  tak punya perikemanusiaan ya Allah....
Sebenarnya tiga minggu yg lalu R ada hubungi ku memberitahu yg E ada memintanya utk menjagakan Aaliyah
tp sehingga lah sekarang tidak juga dihantar...R beritahuku yg E menyatakan dirinya sudah berubah, sudah
menutup aurat, aku hanya memanjatkan kesyukuran kpd Illahi, sehinggalah ku terima berita pahit ini tadi....
Aku cuba hubungi no E yg diberi oleh R, sebelum  ini pun sejak Ramadhan yg lalu panggilanku tidak pernah
dijawab oleh E, aku hanya mendoakannya dari jauh semoga dia diberi perlindungan Allah dan mendapat
hidayahNya. E juga tidak pernah menghubungiku wlp pada hari raya namun aku tidak pula bersangka buruk
terhadapnya...mungkin dia sudah temui jln hidup yg baru yg lebih baik...

Panggilan ku td dijawab oleh polis wanita, dia minta aku hubungi semula jam 3.30 ptg, namun ternyata selepas
itu panggilanku tidak bersambung lagi....sebelum  ini R dpt bercakap dgn E, dan Aa katanya telah selamat
disemadikan, aku akan cuba menjejaki dimana tempat persemadian itu...R memberitahuku mungkin E sdg
teruk menjalani soal siasat di dlm...aku benar2 tak berdaya lagi utk wanita malang yg bernama E ini....
Anak2ku menangis bila mendpt tahu gambar yg disaksikan semalam adalah Aaliyah, tp mereka memujukku
dan diri mereka sendiri dgn menyatakan :

TAK MENGAPA MAMA...AALIYAH SEKARANG SEDANG TERSENYUM DI DALAM SYURGA...

Aku mengesat2 airmata yg tak mahu henti2 mengalir. ya, mudah2an ya sayang, bersemadilah Aaliyah dgn
tenang dan aman, tinggalkan segala deritamu di dunia fana ini. Kami sayangkan Aaliyah. Suatu hari nanti kami
pun akan turut jejak Aaliyah, moga Aaliyah sudi memaafkan kami.....

BERSEMADILAH AALIYAH KU DGN AMAN DAN TENANG...

Aku tak marah kalau kalian menyimpan rasa marah sama terhadapku, ya....aku mmg bersalah wlp apa yg
terjadi adalah telah ditentukan olehNya.

Tiada ulasan: