::TQ kWn2::

Sabtu, April 30, 2011

Nape Susu Sy kUrang

hmmm..sy cube mencari2 info spt tajuk di atas cz ade kwn2+sy sendiri nk tau lbh byk info...sy percaya seme ibu2 di dunia leh menyusu dgn jayanye...so, sy dpt info nih dr blog Pn Hayati...@ http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/09/mengapa-susu-saya-berkurang.html

Sekadar pendapat dan pandangan. Isu mengenai bagaimana susu mulai berkurang atau cara-cara untuk meningkatkan susu akan sentiasa menjadi suatu isu yang menjadi perhatian terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja. Perkara ini lebih kerap berlaku setelah bayi diperkenalkan dengan solid food dan setelah bayi lebih aktif dan peka terhadap persekitaran luar sekaligus membuatkan bayi kurang berminat untuk memberi tumpuan untuk menyusu dibreast dalam tempoh waktu yang lama. Begitu juga dengan ada diantara bayi yang mula berubah sleep patternnya setelah meningkat bulannya, yang mana mereka tidur lebih lama ada waktu malam sekaligus berkurangnya demand ketika waktu malam.

Sering ibu-ibu take for granted cara anak menyusu dan beranggapan, apabila anak sudah melekap dibreast means, that's it! Senario ini mungkin lebih berbeza kepada ibu-ibu yang menyusu sepenuh masa 24 jam, kerana anak tidak didedahkan kepada sebarang bentuk medium penyusuan yang lain seperti botol dan sebagai berbanding dengan ibu bekerja. Ada juga yang berlaku apabila anak tidak menyusu dengan full effort (main-main) apabila menyusu dibreast sekembalinya ibu, kerana sudah biasa dengan aliran yang lebih mudah (botol) ketika berada dengan di nursery atau pengasuh. (Ini hanya sekadar pemerhatian sahaja, tidak semua!) Disini saya terjemahkan semula artikel-artikel yang dibaca dan dicompile dari pelbagai sumber mengikut pemahaman sendiri.

Seperti yang selalu diperkatakan, produksi susu adalah berdasarkan konsep 'deman-supply'. Untuk mempercepatkan pengeluaran susu, kunci utamanya adalah 'remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings' atau lebih mudah kosong breast dengan kerap supaya lebih kurang susu yang terkumpul dalam breast dan lebih cepat susu baru diproses. Tetapi jangan terkejut, masih ada lagi diantaranya yang beranggapan, lagi lama susu dibiarkan dalam breast lagi banyak yang akan dihasilkan dan lebih lama dijarakkan waktu pengosongan, lagi lumayanlah hasil perahan yang akan didapati. Konsep yang selalu mengundangkan kearah pengurangan susu diakhir-akhir nanti.

Jadi berbalik kepada isu mengapa susu saya berkurang walaupun anak saya sentiasa melekap di breast? Menurut sumber dari kellymom, make sure that baby is nursing efficiently.Efisyen disini bermaksud susu dikeluarkan dari breast sepenuhnya hanya dari hisapan bayi. Tetapi yang menjadi masalah kebanyankan ibu dan bayi adalah tidak mendapat susu yang sepatutnya walapun menyusu dibreast. Menurut Dr. Jack Newman (dari artikel: Protocol to Increase Breastmilk Intake by the Baby), senario ini dinamakan 'nibbling'. Dimana satu situasi bayi yang menyusu tetapi tidak dapat mengeluarkan susu yang sepatutnya. Dan bayi yang menyusu dalam situasi ini akan menyusu dengan lebih lama dan masih tidak dapat cukup susu. Situasi ini umpama mengosongkan satu kolam dengan mengguna straw!

Jadi, untuk memastikan bayi menyusu dengan efisyen, ibu-ibu perlu tahu sama ada bayi mendapat susu dengan sebetulnya atau tidak. Perhatikan gaya bayi anda menyusu. Pattern bayi yang menyusu dengan sebetulnya adalah apabila bayi menghisap, dagunya akan berhenti seketika, pada ketika inilah susu akan disedut keluar (open mouth wide-->pause-->close mouth).Lagi lama 'pause' itu, lagi banyak susu yang didapati. Jika bayi yang menyusu dalam pattern ini berterusan selama 20 minit akan lebih kenyang berbanding bayi yang 'nibbles' (menyusu tetapi tidak dapat susu) walaupun 20 jam, masih akan menunjukkan tanda-tanda tidak cukup susu. (Sumber: Dr. Jack Newman, Protocol to Increase Breastmilk Intake by the Baby).

Terjadi juga keadaan dimana, bayi akan mudah melepaskan puting apabila aliran susu semakin perlahan. Apa yang boleh dilakukan, buat breast compression untuk melajukan aliran susu itu. Mula tekan apabila bayi dalam keadaan menghisap. Setelah breast compression dilakukan, beralih ke breast sebelah, dan lakukan yang serupa. Tujuan breast compression ini dilakukan adalah untuk memastikan bayi mendapat susu sebanyak mana yang mungkin dan susu dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya.

Pelbagai lagi faktor yang menyebabkan bayi tidak menyusu dengan efektif seperti bayi yang cepat mengantuk/tertidur semasa menyusu, bayi yang mudah terganggu dengan persekitaran ketika menyusu,bayi yang tidak kerap menyusu, bayi yang dalam keadaan tidak sihat e.g: demam, selsema dan sebagainya. Kesemua faktor-faktor itu boleh menyebabkan bayi tidak menyusu secara efektif akan menyebabkan, susu tidak pindahkan/dikeluarkan dengan sepenuhya. Dan jika keadaan ini berterusan ibu-ibu akan mendapati susu yang dihasilkan semakin berkurang.

Jika bayi anda mempunyai salah satu ciri-ciri berikut, sebagai jalan sementara, ibu-ibu boleh consider pumping between nursing session. Tujuan memerah diantara waktu menyusu atau selepas menyusu adalah untuk memastikan susu dikosongkan sehabis yang mungkin. Pemerahan adalah lebih dicadangkan apabila bayi tidak menyusu kerap dan selang diantara penyusuan seterusnya agak lama. Sekali lagi, ramai yang ragu-ragu untuk memerah diantara waktu penyusuan, kerana bimbang susu tidak cukup atau lambat terhasil sekiranya jika bayi menyusu selepas itu. Seperti yang dikatakan, pemerahan adalah dicadangkan bagi bayi tidak menyusu dengan kerap. Selain daripada itu, pemerahan secara kerap dan konsisten apabila tidak bersama bayi e.g kerja dan sebagainya.

Yang terakhir sekali, ibu-ibu yang menyusu ini harus menjaga diet seharian. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Minum air yang secukupnya. Dan seterusnya barulah boleh mempertimbangkan supplemen-supplemen yang boleh menambahkan susu dan sebagai.

Sumber:
1. Kellymom
2. Dr Jack Newman Breastfeeding Clinic and Institute-NBCI

Tiada ulasan: